DUNIA AKHIR ZAMAN

Asslamualaikum..
Pertama sekali saya mengucapkan syukur kehadrat Ilahi kerana saya masih hidup hari ini dalam keadaan sihat walafiat..
Baiklah..saya merupakan pengguna laman sosial juga,saya ingin meluahkan pendapat dalam blog saya walaupun saya rasa saya masih mentah dalam Ilmu nie.Saya agak terkejut dengan kenyataan sahabat2 saya di laman sosial yang mengutuk pemimpin2 negara dan melebelkan dengan bermacam2 panggilan,jika mengutuk pemimpin2 yang benar2 melakukan kemungkaran tidak apa,ini mereka mencaci Ulama yang mempunyai Ilmu agama yang tinggi..mengapa masyarakat kita di Malaysia masih belum matang dari segi pemikiran?adakah kepentingan politik menghalalkan kutukan dan cacian?walaupun saya amatlah jahil dari segi agama itu tidak bermakna saya tidak dapat menilai yang mana baik dan yang mana salah..Ulama adalah pewaris nabi2,mereka ini orang cerdik pandai dalam agama..saya amat kesal dengan kenyataan sahabat2 saya dalm laman sosial,mereka seperti hilang pedoman dan tidak dapat menilai yang mana baik dan yang mana buruk..sedarlah wahai orang Islam,kita hidup atas dunia nie bukan kerana parti politik tapi kerana Allah..untuk apa kita bertikam lidah semata2 kononnya untuk menyokong mana2 parti politik..kita kena sedar bahawa Islam akan berpecah kalau kita bertengkar sesama Islam..jika seseorang Islam itu telah diajar cara menegur saudara Islam yang lain..Gunakan cara yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w,bukan dengan cara cacian dan makian..Rasulullah s.a.w sendiri ketika berdakwah bersama Saidina Abu Bakar<kalau salah tolong tegur>pernah satu ketika dimaki hamun oleh orang2 kafir kerana orang kafir tidak suka dakwah yang disampaikan oleh baginda..Rasulullah diam kerana Rasulullah sabar..begitu juga Saidina Abu Bakar,tetapi Saidina Abu Bakar hilang sabar apabila makian dan cacian terus dihambur oleh kaum kafir..lalu Saidina Abu Bakar membalas cacian kaum kafir,lalu Rasulullah bangun meninggalkan Saidina Abu Bakar..Saidina Abu Bakar terkejut dan terus mendapatkan Rasulullah..lalu ditanya kepada Rasulullah,"mengapa engkau meninggalkan aku ya Rasulullah?'lalu Sabda Baginda,"ketika engkau sabar dengan cacian dan makian kaum kafir Malaikat ada bersama engkau,tetapi apabila engkau membalas cacian kaum kafir tadi,Malaikat meninggalkan engkau dan syaitan datang kepada engkau..sesungguhnya aku tidak akan duduk bersama syaitan.."Subhanallah..begitu indahnya akhlak Rasulullah..mengapa kita tidak mencontohi akhlak sebegini..??walaupun kita sering berkata "ala tu Rasul..maksum.Allah jaga"..habis kita nie bukan pengikut baginda ka??Rasulullah tinggalkan kepada kita 2benda al-Quran dan Sunnah..ikot lah cara nabi,jangan ikot cara pemimpin2 kita yang kita tidak sendiri tidak tahu sejauh mana kebenarannya..Sesungguhnya Rasulullah itu sebaik2 contoh..Bukan tidak boleh berpolitik,boleh..tapi biarlah kena dengan caranya,berlandaskan syariat Islam..
         Jadi saya rasa kita sebagai umat Islam yang akhir zaman nie,kena sedar lah..bahawa masyarakat Islam hari nie semakin ditindas oleh masyarakat kafir yang lain..Israel,Rusia,Amerika semua tepuk tangan sebab tengok masyarakat Islam hari nie makin huru-hara..tapi kita xboleh putus asa dengan Allah,kita kena doa minta dekat Allah supaya Allah satukan hati umat Islam satu dunia untuk menegakkan Islam 1 hari nanti..InsyAllah..Moga kita dilindungi oleh yang maha esa dari segala anasir2 jahat iblis lakhnatullah..Sesungguhnya Islam Itu Indah..jika ada salah dan silap dalam tulisan sya mohon maaf,segala yang baik itu datang dari Allah,segala yang buruk itu datang dari kelemahan diri saya sendiri..InsyAllah..<3 Islam..
=.='

No comments:

Post a Comment