Kesekian Kalinya

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..dapat lagi saya mencoret rasa hati pada post kali nie.Pertama sekali saya ingin memohon maaf kepada seorang insan yang berhati mulia,yang tak pernah jemu melayan karenah saya sepanjang perkenalan saya.Pernah saya melakukan sesuatu yang amat diluar jangkaan namun seorang insan yang telah saya kenal banyak mengubah hiudp saya selama ini.Dia telah banyak mengubah saya daripada yang dulunya jahat berubah kepada baik,Alhamdulillah..walaupun dia tidak mengubah saya secara terus,namun sehari demi sehari saya berasa seperti ada sesuatu benda yang indah sebenarnya yang saya peroleh hasil perkenalan saya dengan dia.Saya juga manusia yang jahil,insan biasa yang tidak pernah lokek melakukan kesalahan namun setiap manusia harus diberi peluang dan ruang untuk bertaubat dan insaf terhadap dosa yang telah dilakukan.Bukan mahu menceritakan tentang apa yang telah terjadi kepa sya,tetapi bagaimana seorang insan biasa boleh mengubah hidup saya sehingga sekarang.

Pertemuan tidak diduga oleh kami,ketika mana saya baru sahaja habis menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2009 dahulu.Saya tidak menyangka hubungan kami akan kekal sehingga saat itu.Perkenalan selama 3 tahun telah mendewasakan saya,pelbagai dugaan,cabaran yang telah dilalui.Namun sepanjang perkenalan kami,seperti ada kelemahan yang sehingga ke hari ini belum dapat diketahui.Walau bagaimanapun,saya berasa bersyukur kepada Allah kerana telah mempertemukan saya dan dia walaupun saya rasa pada ketika itu,ini lah jodoh saya,tetapi Allah itu maha Kuasa.Ia lebih mengatahui apa yang manusia tidak ketahui.Mungkin kesalahan dan kesilapan yang kita lakukan kadang-kadang menyedarkan kita tentang singkatnya keseronokan di dunia yang fana ini.Alhamdulillah,3tahun perkenalan kami sekarang sudah tidak bersama bukan kerana perasaan tidak suka,mungkin kerana ketentuan Ilahi supaya saya dan dia lebih matang untuk meneruskan hidup sebagai seorang yang sempurna di mata-Nya.

Saya bukanlah siapa untuk menasihati teman-teman yang lain,tetapi sekadar memperingati diri saya dan kepada semua agar memikirkan tentang singkatnya dunia jika kita hendak bandingkan dengan akhirat.Kadang kala keseronokan di dunia lebih kita cari sedangkan keseronokan di akhirat lebih hakiki.Marilah sama-sama kita sebagai individu Muslim,insaf dan fikirkan apa yang sebenarnya harus kita lakukan di kesempatan hidup yang tidak sampai 100tahun sahaja.Amalan ibadat kita adakah mencukupi untuk menampung segala dosa yang kita lakukan selama kita hidup?sampai bila kita hendak bergelumang dengan dosa dan noda sedangkan kita semuanya mahu ke Syurga yang sudah tentu akan dihuni oleh orang-orang yang beriman dan beramal soleh.Marilah kita melipat gandakan amalan dan meninggalkan segala apa yang buruk untuk mendekatkan diri kepada yang Maha Esa.Sesungguhnya,Allah mengasihani hambanya yang ingin berubah daripada buruk kepada baik.Pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita,berdoalah supaya kita umat akhir zaman ini bersama-sama menghuni syurga yang sudah tentu dihuni oleh Rasul dan para nabi Allah.

Insyallah..
Luv Islam
=.=

No comments:

Post a Comment